Sunday, August 1, 2010

Malaysia dan kereta III

Bagi mereka yang memerlukan pinjaman untuk kenderaan, terdapat sistem pinjaman berdasarkan syariat islam, selain dari pinjaman konvensional.

Kedua-dua sistem mempunyai rumus yang hampir sama untuk kadar bunga, waktu bayaran balik, dan terma serta syarat permilikan. eg. 3% interest, 8tahun tempoh bayaran. Mahupun kedua-dua sistem perbankan ini kelihatan serupa, tetapi terdapat perbezaan yang menjadikan ianya halal dan haram.

Apakah yang membezakan kedua nya?

Islamic banking mempunyai akad. Akad lah yang membezakan segalanya. Akad menjadikan lelaki dan perempuan pasangan suami isteri. Akad menjadikan pemberian dan penerimaan barang menjadi jual beli. Dan yang paling besar, akad lah menjadikan seorang itu Muslim iaitu dengan kalimah tauhid!

Terdapat pelbagai akad untuk sistem pinjaman ini. Nama akad tidak penting, isi dan kandungan yang patut difahami.

1. Akad sewa. Pihak bank membeli kenderaan, kemudian menyewakan kepada penyewa(peminjam), bayaran dibuat setiap bulan, setelah cukup tempoh masa yang dipersetujui, hak milik kenderaan itu akan berpindah kepada penyewa.

cnth. Pihak bank akan membeli proton saga BLM 1.3 SE berwarna merah dari protonedar sdn bhd pada harga RM 45ribu, kemudian pihak bank akan menyewakan kepada penyewa padaharga RM600 sebulan. Apabila cukup 84 bulan sewaan, pihak bank akan menghadiahkan/memberi kereta tersebut kepada penyewa tanpa bayaran.

2. Akad "beli dan jual". Pihak bank akan membeli kenderaan dari pengeluar. Kemudian pihak bank akan menjual kepada pembeli(peminjam) dengan harga yang depersetujui kedua pihak.

cnth: Pihak bank akan membeli Toyota Vios dari UMW malaysia dengan harga RM 90ribu. Kemudian pihak bank akan menjualnya semula kepada pembeli(peminjam) dengan harga RM 120ribu. Pihak bank membenarkan pembelian ini dibayar secara ansuran(hutang) selama 9 tahun. Pembeli akan membayar kepada pihak bank RM 1111 setiap bulan.