Thursday, August 6, 2009

Antara Asas Travel II


a. Selain dari mempunyai belanja yang mencukupi, harus kiranya mempunyai kemampuan untuk mengurus dan menyimpan "harta" itu dengan baik. Keselamatan adalah aspek yang paling penting untuk dititikberatkan semasa jalan-jalan.

b. Setakat pengalaman PADANGSERA, adalah lebih baik duit itu dibawa dengan nilai tunai, tetapi harus dijaga dan dikawal setiap masa. Duit ringgit, barang berharga perlu sentiasa ada di badan. Jangan sekali kali menyembunyikan harta di dalam beg!

c. Wata wang yang ideal untuk perjalanan merentas sempadan adalah USD(dolar amerika). Walaupun negara itu mempunyai dasar luar yang jahat, dan ianya dibenci dikebanyakan negara, tapi nilai dan harga duitnya laku hatta di Mekah dan Madinah.

d. Penggunaan dolar amerika juga amat menguntungkan berbanding watawang utama yang lain seperti GBP(pound sterling), EUR(euro) dan CHF(swiss franc). Ini kerana komisen yang diambil oleh money changger untuk pembelian dan penjualan dolar adalah rendah.


e. Seringkali pihak emigresen di negara maju, menanyakan bab duit. Berapa ada dalam tangan, berapa hari maau masuk, bila nak keluar, ada kad credit, tempah hotel apa, reservation dan lain lain.

f. Wang tunai juga diperlukan untuk pengangkutan awam, dan diterima hampir di semua acomodation, hostel dan hotel. Tetapi jikalau ingin menginap di hotel 5 bintang seperti Hilton, Sheraton, Marriot dan lainnya, kad kredit lebih mendapat tempat.

g. Bagi meminimumkan kerugian dalam tukaran matawang, tukar dolar yang dibawa sedikit di airport habuan lepas tambang nak pi pekan, kemudian tukar dolar yang selebihnya di money exchange di tengah pekan. Selalunya rate di sempadan, lapangan terbang ataupun di hotel-hotel adalah rendah. Namun money exchange berhampiran aerotrain di setelite builiding KLIA, memberi harga yang amat competative.

2 comments:

  1. saya rasa seperti membaca ask.com atau wikipedia..

    ReplyDelete
  2. mungkin penulis artikel ini adalah penulis yang sama dalam wiki.

    ReplyDelete