Monday, August 3, 2009

Antara Asas Travel I

a. Posting kali ni bukan lagi nak cerita bab ekonomi pabala, tapi pasai travel ataupun jalan-jalan.

b. Sekarang zaman teknologi, zaman orang ada duit, maka makin ramai orang keluar untuk jalan-jalan. Zaman dulu-dulu orang bermusafir sebab nak menuntut ilmu, berniaga dan berperang. Tapi tak ramai yang travel untuk melancong/jalan jalan.

c. Untuk keluar travel, kena ada angan-angan, dari angan-angan lahir perancangan dan usaha.

d. Sebelum ada perancangan, ataupun usaha, kena ada masa yang kosong terlebih dahulu. Toksah nak sembang nak pi jalan mana-mana kalau takdak masa. Sebagai contoh, rancang nak pi Mekah buat Haji, tapi bulan Zulhijjah kerja takdak cuti, kena sit for exam etc etc.

e. Setelah bab masa selesai, kena lihat pula pada destinasi yang ingin dituju, dari situ baru boleh mula untuk merancang.

f. Bagi memudahkan perancangan dan perjalanan, guidebook sangat berguna. Selalunya siri guidebook diterbitkan mengikut negara ataupun reigeon. Antara guidebook yang dishorkan oleh PAGANGSERA ialah Lonely Planet.

g. Sebagai contoh, jika ingin jalan-jalan ke Syiria, Jordan dan Lubnan, Lonely Planet Midle East adalah yang terbaik. Jikalau travel itu hanya sekitar egypt sahaja, Lonely Planet Egypt adalah yang paling sesuai.





h. Terdapat juga guidebook yang lain seperti Foodor's, dan DK, tetapi jika dibandingkan dengan Lonely Planet, Lonely Planet lebih lengkap dan comprehensive.

i. Segala maklumat berkenaan destinasi yang boleh didapati dalam guidebook bukan setakat peta, pengangkutan awan, tempat penginapan, dan destinasi popular, malah sejarah dan sosio budaya diterangkan secara ringkas.

j. Guidebooks ini boleh didapati di kedai-kedai buku besar. Kalau di Kaherah ini, boleh jumpa dekat Virgin Mega Store, AUC Tahrir, Ad-Diwan dan sebagainya. Sememangnya harga buku-buku ini lebih mahal berbanding harga di Malaysia ataupun UK kerana ianya di-import.

k. Selepas dah agak tempat mana yang nak pergi, baru kira duit. Kalau budget lebih, boleh tidur dekat hotel/hostel, tapi kalau budget ciput, kena start cari kawan kepada kawan kepada kawan dekat area tu, kot kot boleh tumpang tidur semalam dua.

No comments:

Post a Comment