Friday, July 31, 2009

Kemiskinan dan Bagaimana Islam Mengubatinya III

2. Islam tidak menerima pendangan "Jabariah"

a. Selain menolak pandangan "kemiskinan itu suci", Islam jugak menolak permikiran Jabariah yang menganggap kemiskinan mahupun kekayaan itu adalah perkara yang telah ditulis dan nasib yang telah ditentukan. Mereka perpendapat bahawa kemiskinan itu atas ketetapan Allah, dan kekayaan juga atas kehendak-Nya. Maka ketetapan-Nya adalah apa yang diredhai-Nya. Oleh yang demikian tidak perlu untuk diubah mahupun ditukarganti.

b. Pemikiran yang sedemikian menyulitkan lagi usaha untuk menghapuskan kemiskinan.

c. Risalah Islam disempurnakan dengan membebaskan manusia dari belenggu kemiskinan. Islam menyeru golongan yang kaya dan yang berkemampuan untuk meng"infaq"kan/membelanjakan harta kurnian-Nya untuk hamba-hamba Nya yang memerlukan.

d. Setiap sesuatu masalah akan ada penyelesaian dan setiap penyakit ada ubatnya. Dalam penciptaan penyakit, Dia juga menciptakan ubat. Sekit itu dengan keizinan-Nya, dan rawatan juga dengn keizinan-Nya. Demikian juga halnya dengan kelaparan. Kelaparan dihilangkan dengan makan.



3. Islam menolak "Pandangan Belas Kasih dan Sedekah itu Hanya Sunat"

a. Islam bersetuju dengan golongan yang yang ketiga ini, yang menyeru golongan yang kaya untuk bersedekah, dan belas kasih kepada golongan miskin.

b. Bagaimanapun Islam tidak menerima dari sudut pegangan mereka yang menganggap bantuan itu hanyalah sesuatu yang sunat. Mereka melihat golongan yang miskin dalam masyarakat hidup hanya di bawah kasih belas, rahmat dan limpah ruah kekayaan orang yang kaya.

c. Ini menjadikan golongan yang kaya terus kaya, dan bakal menghasilkan masyarakat yang materialistik dan memtingkan diri.

b.Dalam surah Al Fajr ayat 17-20 yang memberi maksud:

(17) Jangan demikian, (sebenarnya kata-kata kamu itu salah). Bahkan (perbuatan kamu wahai orang-orang yang hidup mewah, lebih salah lagi kerana) kamu tidak memuliakan anak yatim, (malah kamu menahan apa yang Ia berhak menerimanya

(18) Dan kamu tidak menggalakkan untuk memberi makanan (yang berhak diterima oleh) orang miskin

(19) Dan kamu sentiasa makan harta pusaka secara rakus (dengan tidak membezakan halal haramnya)

(2o) Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba.


No comments:

Post a Comment