Monday, July 27, 2009

Kapitalis dan Sekitarnya

a. Secara umumnya kapitalis ialah satu sistem ekonomi di mana perniagaan, industri dan pengeluaran dikuasai oleh milikan persendirian bermatlamatkan hanya keuntungan.

b. Kapitalis atau bahasa Inggerisnya, Capitalist berasal dari perkataan "capital" yang membawa maksud modal.

c. Sistem ekonomi ini dipopularkan oleh Adam Smith seorang ahli ekonomi Scotland, yang menulis sebuah karya yang bertajuk "The Wealth of Nation" sekitar pertengahan kurun ke-18. Sistem ekonomi yang seakan sama telah lama diamalkan sebelum itu.


d. Antara sifat-sifat ekonomi kapitalis ialah:

1. Kerajaan tiada fungsi dalam mencampuri urusan perniagaan, penentuan harga dan hak milik. Kerajaan hanya berfungsi sebagai pemudah cara dan melicinkan urusan. Peniaga/syarikat swasta diberi kebabasan yang penuh dalam menjalankan urusan ekonomi. Penswastaan adalah salah cabang dari ekonomi kapitalis.

2. Sistem ini bermatlamatkan keuntungan semata-mata. Pekerja mendapat gaji berdasarkan apa yang ditawarkan oleh majikan, bukan atas kewajaran dan bukan atas kadar yang berpatutan dengan kerja yang dilakukan.

3. Pembahagian tenaga kerja secara jelas dan pekerja tidak boleh memilih untuk tidak berkerja bagi menyara kehidupan(perbelanjaan) mereka. Dalam masa yang sama mereka berhak untuk bekerja untuk sesiapa sahaja.


e. Keburukan ekonomi Kapitalis

1. Berlakunya akumulasi kekayaan, golongan pemodal(kaya) menjadi lebih kaya, golongan miskin/pekerja kekal miskin.

2. Berlakunya monopoli ke atas pasaran dan eksploitasi ke atas pekerja.

3. Berlakunya ketidak-stabilan ekonomi/pasaran seperti yang berlaku di Amerika, iaitu the Great Depression pada tahun 1929. Ini kerana perkembangan ekonomi berlaku dengan terlampau mendadak, menjadikan pengeluaran melebihi permintaan.


f. Sistem ekonomi yang bertentangan dengan kapitalis ialah ekonomi Sosialis dan Komunis.

g. Di dalam sistem ekonomi sosialis, kerajaan mencampuri urusan perniagaan, hak pemilikan dan lain lain, tetapi dalam masa yang sama kerajaan memberi kebebasan yang luas kepada peniaga.

h. Bagi ekonomi komunist pula, kerjaan berkuasa penuh mengatur segala aktiviti ekonomi. Rakyat diberikan kekayaan sama rata, tanpa mempunyai hak milik peribadi.


Disediakan oleh,
Syazwanordin@yahoo.co.uk

--------------

- Posting ini akan dibentangkan dalam madrasah wasatiah, 28julai2009.

- Penulisan di atas hanya berdasarkan pembacaan yang terhad, dan ditulis oleh orang yang bukan "ahli" dalam bidang ekonomi.

- Tujuan utama penulisan ini adalah hanya untuk berkongsi "basic idea" dalam teori ekonomi kapitalis.

- Penulisan disasarkan untuk golongan penuntut pengajian tinggi yang ingin menambah pengetahuan am, dan sebagai "modal" menyiapkan diri untuk berdamping dengan masyarakat.

No comments:

Post a Comment