Saturday, July 25, 2009

Kemiskinan dan Bagaimana Islam Mengubatinya II

1. Kemiskinan Ancaman kepada Akidah

Tidak dapat dinafikan lagi, kemiskinan adalah ancaman yang paling besar kepada akidah, khususnya kepada orang miskin yang gigih berusaha. Kemiskinan boleh membawa kepada syak dan akan menjurus kepada persoalan akan HIKMAH penyusunan Tuhan terhadap makhluk. Di mana KEADILAN Tuhan yang memberi rezki?

Tidak hairanlah ada hadith Nabi yang menyebut " takut-takut kemiskinan(kefakiran) itu membawa kepada kekufuran" dan Nabi juga sering berdoa "Jauhkan kami dari kekufuran dan kefaqiran(kemiskinan)" .

2. Kemiskinan Ancaman kepada Akhlak

Kemiskinan akan menjurus kepada keruntuhan moral, perbuatan mencuri, meminta rasuah sebagainya. Ini kerana mereka terhalang dari mengecapi nikmat dunia sepertimana orang yang di sekelilingnya.

Nabi melarang sahabat dari mengambil rasuah, dan Nabi menyuruh membanteras gejala ini.

3. Kemiskinan Ancaman kepada Permikiran

Bahaya kemiskinan tidak terbatas kepada fizikal ataupun mental sahaja, malah mengancam cara berfikir. Orang yang diselungi oleh kemiskinan tidak mampu memenuhi keperluan hidup, malah tidak dapat memenuhi hajat/keinginan ahli keluarga mereka. Oleh yang demikian, bagaimana mereka mampu untuk berfikir dengan tenang dan secara halus, dalam masa yang sama mereka runsing dengan kelaparan serta kehimpitan hidup.

Ada disebut di dalam hadis soheh yang membawa maksud " tidak boleh seseorang itu mengadili antara dua orang, ketika dia marah". Ulamak berpendapat marah di sini juga bermaksud sangat haus dan lapar.

4. Kemiskinan Ancaman kepada Institusi Keluarga

Kemiskinan memberi kesan kepada institusi kekeluargaan itu dari sudut pembentukan, perjalanan dan keterikatannya.

Kedapatan antara orang yg miskin ini terhalang dari mendirikan rumah tangga disebabkan tidak mampu dari sudut ekonomi. Ditambah pula oleh sikap sesetengah ibu bapa perempuan yang menjadikan taraf hidup dan harta benda sebagai kayu ukur untuk menerima menantu. Islam mementingkan akhlak dan peribadi bagi memilih pasangan hidup.

Hal ini disebutkan di dalam Al Quran, surah An Nur ayat 33.

"Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui".

5. Kemiskinan Ancaman kepada Masyakat

Seseorang boleh bersabar dengan sesusahan hidup kerana sumber yang terhad dan ramainya orang. Tetapi apabila kepayahan itu disebabkan oleh ketidak-adilan dalam pembahagian ekonomi, dan hanya segolongan kecil yang mengecapi nikmat kekayaan, ini akan membuatkan rasa dengki dan tidak puas hati. Maka tidak akan ada lagi rasa kasih sayang di antara masyarakat.

Antara lain kemiskinan mengancam kebebasan, kestabilan dan kedaulatan sesebuah negara. Orang yang kesempitan tidak ada di dalam dirinya semangat untuk mempertahankan negara, hal yang sedemikian itu adalah kerana mereka dibelunggu oleh kelaparan serta ketakutan, dan negara tidak pula cuba membantu.

Dari aspek kesihatan pula masyarat secara amnya akan terjejas dengan kekurangan zat makanan, rumah yang dhaif, ketiadaan sistem kumbahan dan lain lain. Ini semua akan menjejaskan produktiviti dan pengeluaran negara tersebut.

No comments:

Post a Comment