Tuesday, July 21, 2009

Kemiskinan dan Bagaimana Islam Mengubatinya I

a. Kemiskinan adalah salah satu masalah yang besar yang melanda negara-negara umat Islam seluruh dunia sejak sekian lama. Pelbagai usaha dijalankan oleh pihak-pihak berwajib, namun perkara ini tetap berlarutan.

b. Islam telah menggariskan pelbagai wasilah/cara untuk menangani kemiskinan ini.

c. Dr Yusuf Al Qaradhawi ada menulis sebuah buku (mushkilatul faqr wa kaifa a'lijuha al islam) yang membincangkan tajuk tersebut . Buku ini ditulis sekitar tahun 1966, terbitan maktabah wahbah, kaherah, dan telah 8 kali diulang cetak. Mempunyai 167m/s dan harga sekitar 7LE.

d. Berdasarkan kefahaman peribadi daripada pengajaran Ust Fawaz Fadhil ( moga Allah memberkati beliau) , saya membuat ringkasan.

e. Sebelum pergi lebih jauh, ada perbezaan antara istilah "faqr" dan "miskin". Faqr ialah golongan yang tiada pekerjaan dan tiada harta untuk dibelanjakan. Manakala "miskin" pula memberi makna golongan yang ada pekerjaan, tetapi masih tidak mencukupi untuk menampung hidup.

f. Kemiskinan yang dimaksudkan dalam penulisan di bawah adalah "faqr". Oleh kerana istilah fakir dan miskin ini seakan serupa penggunaannya di dalam Bahasa Melayu, jadi saya hanya memilih satu untuk diguna pakai.


-------------

Pandangan Islam terhadap Kemiskinan

1. Islam tidak menerima pandangan "kemiskinan itu suci"

a.- Islam menolak pandangan kumpulan yang menganggap kemiskinan itu bukan benda yang keji, bahkan mereka berpendapat kemiskinan bukanlah masalah, apatalah lagi perlu diubati.

b- Tiada satu ayat pun di dalam Al-Quran yang memuji kemiskinan,malahan di dalam hadis yang soheh pun tiada akan memuji kemiskinan itu.

c- Ada terdapat hadith yang memuji akan "zuhud" di dunia, tetapi bukanlah memuji akan kemiskinan.

d- Kekayaan itu satu nikmat dari Allah, dan Islam menuntut agar mensyukurinya.

e- "Dan didapati Nya engkau miskin, dan Dia kayakan" surah adh-dhuha ayat8

4 comments:

  1. assalamualaikum

    i think the more suitable word for the 2nd part of the article is Pandangan Islam terhadap Kefakiran, bcoz as u said, there's a huge difference between Miskin and Faqir..

    the one that is discouraged by Islam is being Faqir, not Miskin..

    there's in fact, an hadith, about a doa recited by Nabi: Allahumma ahyini miskiinan wa amitni miskiinan.....

    meaning that being Miskin is not discouraged; for Miskin actually means zuhud, qana'ah n tidak cintakan dunia..

    the more suitable word used for lack of possessions is Faqir; as u mentioned b4..and Nabi s.a.w. did pray so that he wouldn't live in Faqir, in his famous doa "Allahumma inni a3uzubika minal kufri wal faqr"

    just my 2 cents~ sorry panjang sgt =p

    ReplyDelete
  2. f. Kemiskinan yang dimaksudkan dalam penulisan di bawah adalah "faqr". Oleh kerana istilah fakir dan miskin ini seakan serupa penggunaannya di dalam Bahasa Melayu, jadi saya hanya memilih satu untuk diguna pakai.

    ReplyDelete
  3. alamak,baru tmbah ke ape tu? tadi mcm takde..huhu. sori2 tak perasan =p

    ReplyDelete
  4. Takrifan di atas adalah di dalam mazhab imam shafie', tetapi dalam mazhab imam abu hanifah pula terbalik, miskin lebih teruk dari fakir. Apapun semua ini hanya lah istilahat, yang penting maksud yang hendak di bawa sampai kepada pembaca.

    ReplyDelete