Saturday, August 8, 2009

Kemiskinan dan Bagaimana Islam Mengubatinya IV

4. Islam menolak pandangan Kapitalis

a. Islam menentang permikiran kapitalis. Golongan ini berpendapat harta dan keuntungan adalah milik orang kaya(pemberi modal) secara mutlak, dari awal hingga akhir. Mereka bebas membelanjakan harta yang dimiliki itu, sama ada memberi sedekah, menjadi bakhil, berbelanja mengikut nafsu shahwat dan sebagainya.

b. Asas kapitalis ini tidak diterima oleh Islam. Islam menganggap harta itu harta Allah. Orang yang mempunyai harta itu hanya sekadar pengurus yang diberi tanggung-jawab untuk mengurus harta itu mengikut apa yang digariskan.

c. Firman Allah dalam surah Al Hadid ayat 7

... dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda(pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil...



5. Islam menolak pandangan Komunis/Marxism

a. Sama seperti kapitalis, Islam jugak tidak menerima pandangan komunis. Golongan ini berpendapat kemiskinan hanya boleh dirawat dengan penyamarataan harta kekayaaan dengan menolak sistem harta pemilikan peribadi. Semua aspek ekonomi dimilik negarakan.

b. Asas sistem ekonomi ini ditolak Islam memandangkan Islam menghormati sistem milikan persendirian, dan Islam membina hubungan antara individu dan masyarakat atas dasar tolong menolong dan toleransi, bukan atas dasar permusuhan antara individu.

c. Bagi mengubati sesuati penyakit, tidak wajar ianya diubati dengan penyakit lain, lebih-lebih lagi dengan sesuatu yang lebih bahaya.

d. Sistem komunis ini akan menyekat kebebasan rakyat dan bakal menjadikan pemimimpin menjadi diktator. Sistem ekonomi ini juga akan menjadi alat kepada parti pemerintah untuk menguasai rakyat secara total. Rakyat tiada kuasa untuk mengatakan tidak.

-----------------

KESIMPULAN

A. Islam menganggap kemiskinan itu satu masalah dan perlu kepada rawatan yang memerlukan pepada kesungguhan.


-----------------

- posting yang akan datang bakal membincangkan cara-cara Islam merawati kemiskinan.

Thursday, August 6, 2009

Antara Asas Travel II


a. Selain dari mempunyai belanja yang mencukupi, harus kiranya mempunyai kemampuan untuk mengurus dan menyimpan "harta" itu dengan baik. Keselamatan adalah aspek yang paling penting untuk dititikberatkan semasa jalan-jalan.

b. Setakat pengalaman PADANGSERA, adalah lebih baik duit itu dibawa dengan nilai tunai, tetapi harus dijaga dan dikawal setiap masa. Duit ringgit, barang berharga perlu sentiasa ada di badan. Jangan sekali kali menyembunyikan harta di dalam beg!

c. Wata wang yang ideal untuk perjalanan merentas sempadan adalah USD(dolar amerika). Walaupun negara itu mempunyai dasar luar yang jahat, dan ianya dibenci dikebanyakan negara, tapi nilai dan harga duitnya laku hatta di Mekah dan Madinah.

d. Penggunaan dolar amerika juga amat menguntungkan berbanding watawang utama yang lain seperti GBP(pound sterling), EUR(euro) dan CHF(swiss franc). Ini kerana komisen yang diambil oleh money changger untuk pembelian dan penjualan dolar adalah rendah.


e. Seringkali pihak emigresen di negara maju, menanyakan bab duit. Berapa ada dalam tangan, berapa hari maau masuk, bila nak keluar, ada kad credit, tempah hotel apa, reservation dan lain lain.

f. Wang tunai juga diperlukan untuk pengangkutan awam, dan diterima hampir di semua acomodation, hostel dan hotel. Tetapi jikalau ingin menginap di hotel 5 bintang seperti Hilton, Sheraton, Marriot dan lainnya, kad kredit lebih mendapat tempat.

g. Bagi meminimumkan kerugian dalam tukaran matawang, tukar dolar yang dibawa sedikit di airport habuan lepas tambang nak pi pekan, kemudian tukar dolar yang selebihnya di money exchange di tengah pekan. Selalunya rate di sempadan, lapangan terbang ataupun di hotel-hotel adalah rendah. Namun money exchange berhampiran aerotrain di setelite builiding KLIA, memberi harga yang amat competative.

Monday, August 3, 2009

Antara Asas Travel I

a. Posting kali ni bukan lagi nak cerita bab ekonomi pabala, tapi pasai travel ataupun jalan-jalan.

b. Sekarang zaman teknologi, zaman orang ada duit, maka makin ramai orang keluar untuk jalan-jalan. Zaman dulu-dulu orang bermusafir sebab nak menuntut ilmu, berniaga dan berperang. Tapi tak ramai yang travel untuk melancong/jalan jalan.

c. Untuk keluar travel, kena ada angan-angan, dari angan-angan lahir perancangan dan usaha.

d. Sebelum ada perancangan, ataupun usaha, kena ada masa yang kosong terlebih dahulu. Toksah nak sembang nak pi jalan mana-mana kalau takdak masa. Sebagai contoh, rancang nak pi Mekah buat Haji, tapi bulan Zulhijjah kerja takdak cuti, kena sit for exam etc etc.

e. Setelah bab masa selesai, kena lihat pula pada destinasi yang ingin dituju, dari situ baru boleh mula untuk merancang.

f. Bagi memudahkan perancangan dan perjalanan, guidebook sangat berguna. Selalunya siri guidebook diterbitkan mengikut negara ataupun reigeon. Antara guidebook yang dishorkan oleh PAGANGSERA ialah Lonely Planet.

g. Sebagai contoh, jika ingin jalan-jalan ke Syiria, Jordan dan Lubnan, Lonely Planet Midle East adalah yang terbaik. Jikalau travel itu hanya sekitar egypt sahaja, Lonely Planet Egypt adalah yang paling sesuai.





h. Terdapat juga guidebook yang lain seperti Foodor's, dan DK, tetapi jika dibandingkan dengan Lonely Planet, Lonely Planet lebih lengkap dan comprehensive.

i. Segala maklumat berkenaan destinasi yang boleh didapati dalam guidebook bukan setakat peta, pengangkutan awan, tempat penginapan, dan destinasi popular, malah sejarah dan sosio budaya diterangkan secara ringkas.

j. Guidebooks ini boleh didapati di kedai-kedai buku besar. Kalau di Kaherah ini, boleh jumpa dekat Virgin Mega Store, AUC Tahrir, Ad-Diwan dan sebagainya. Sememangnya harga buku-buku ini lebih mahal berbanding harga di Malaysia ataupun UK kerana ianya di-import.

k. Selepas dah agak tempat mana yang nak pergi, baru kira duit. Kalau budget lebih, boleh tidur dekat hotel/hostel, tapi kalau budget ciput, kena start cari kawan kepada kawan kepada kawan dekat area tu, kot kot boleh tumpang tidur semalam dua.