Sunday, August 1, 2010

Malaysia dan kereta III

Bagi mereka yang memerlukan pinjaman untuk kenderaan, terdapat sistem pinjaman berdasarkan syariat islam, selain dari pinjaman konvensional.

Kedua-dua sistem mempunyai rumus yang hampir sama untuk kadar bunga, waktu bayaran balik, dan terma serta syarat permilikan. eg. 3% interest, 8tahun tempoh bayaran. Mahupun kedua-dua sistem perbankan ini kelihatan serupa, tetapi terdapat perbezaan yang menjadikan ianya halal dan haram.

Apakah yang membezakan kedua nya?

Islamic banking mempunyai akad. Akad lah yang membezakan segalanya. Akad menjadikan lelaki dan perempuan pasangan suami isteri. Akad menjadikan pemberian dan penerimaan barang menjadi jual beli. Dan yang paling besar, akad lah menjadikan seorang itu Muslim iaitu dengan kalimah tauhid!

Terdapat pelbagai akad untuk sistem pinjaman ini. Nama akad tidak penting, isi dan kandungan yang patut difahami.

1. Akad sewa. Pihak bank membeli kenderaan, kemudian menyewakan kepada penyewa(peminjam), bayaran dibuat setiap bulan, setelah cukup tempoh masa yang dipersetujui, hak milik kenderaan itu akan berpindah kepada penyewa.

cnth. Pihak bank akan membeli proton saga BLM 1.3 SE berwarna merah dari protonedar sdn bhd pada harga RM 45ribu, kemudian pihak bank akan menyewakan kepada penyewa padaharga RM600 sebulan. Apabila cukup 84 bulan sewaan, pihak bank akan menghadiahkan/memberi kereta tersebut kepada penyewa tanpa bayaran.

2. Akad "beli dan jual". Pihak bank akan membeli kenderaan dari pengeluar. Kemudian pihak bank akan menjual kepada pembeli(peminjam) dengan harga yang depersetujui kedua pihak.

cnth: Pihak bank akan membeli Toyota Vios dari UMW malaysia dengan harga RM 90ribu. Kemudian pihak bank akan menjualnya semula kepada pembeli(peminjam) dengan harga RM 120ribu. Pihak bank membenarkan pembelian ini dibayar secara ansuran(hutang) selama 9 tahun. Pembeli akan membayar kepada pihak bank RM 1111 setiap bulan.



Monday, July 19, 2010

palevo franse?

today lesson is  french

first of all, spelling in french is one thing, and the pronounsation is another thing. usually  the last letter is silent. for example

do you speak french? Parlez vous français 

but you just say "palevo franse"

....

sound romantic isn't it? 



Friday, December 4, 2009

Malaysia dan kereta II

Di Malaysia, kebanyakan transaksi pembelian kereta adalah dengan pinjaman bukan menggunakan sistem tunai. Pembeli tidak mampu untuk membeli dengan tunai, berikutan harga kereta yang terlalu tinggi akibat daripada cukai tambahan yang dikenakan oleh kerajaan.

Pada masa ini, pinjaman pembelian kenderaan disediakan oleh hampir semua bank. Hanya dengan membayar duit muka sekitar 10% harga kereta beserta slip gaji atau surat tawaran kerja dalam institusi kerajaan, akan membolehkan seseorang membawa keluar kereta serta membuat pinjaman untuk baki selebihnya. Tidak ketinggalan, pihak kerajaan juga ada menyediakan pinjaman kenderaan untuk kakitangan-nya.

Terdapat pelbagai pakej pinjaman yang disediakan, sama ada mengikut sistem Islam mahupun tidak. Hampir semua bank di Malaysia ada menyiadakan khidmad perbankan Islam.

Masa untuk pembayaran semula hutang bergantung kepada jumlah bayaran setiap bulan. Semakin tinggi bayaran yang sanggup dibayar oleh penghutang, semakin pendek masa untuk hutang itu langsai. Tempoh masa yang selalu diguna pakai ada antar 7 sehingga 10tahun.

Bagi sistem pinjaman konvensional(bukan Islam) yang mengamalkan riba, kadar faedah yang dikenakan adalah mengikut jumlah yang dipinjam, jenis kereta, dan pihak bank itu sendiri. Kebanyakannya mengenakan faedah sekitar 3%.

Kadar faedah ini akan dikenakan setiap tahun keatas baki hutang yang tertingal. Kebanyakan orang salah faham akan hal ini. Mereka beranggapan kadar faedah ini dikenakan sekali sahaja bagi jumlah yang dipinjam. Sudahlah terlibat terlibat dalam benda haram, bodoh pula mereka itu. Jikalau penghutang mengambil masa 10 tahun untuk melangsaikan hutangnya, maka kadar faedah yang akan dikenakan pemiutang adalah 10kali.

Sebagai contoh:
Pinjaman: RM 70000
Kadar faedah: 3%

andaikan tempoh bayar balik= 1tahun(12bulan)
kadar yang perlu dibayar setiap bulan=
(3% x RM70000) + RM70000 / 12bulan =
7210/12 = RM6008.30


andaikan tempoh bayaran adalah 2tahun(24bulan).
kadar yang perlu dibayar setiap bulan berubah-rubah.
ianya bergantung kepada jumlah yang dibayar pada tahun pertama.

katakan: RM3000 dibayar setiap bulan untuk tahun pertama
3% x RM70000 + RM70000 - (RM3000x12bulan) =
72100-36000 = RM36000

maka jumlah yang perlu dibayar setiap bulan pada tahun ke-2 ialah RM3090
3% x RM36000 + RM36000 =
(RM1080+RM36000)/12bulan = RM3090


Jikalau peminjam tidak mampu untuk membayar jumlah yang banyak setiap bulan, waktu yang diambil untuk membayar balik akan menjadi lebih lama, dan akan mengakibatkan peminjam membayar lebih dari sepatutnya.

sebagai cnth: peminjam hanya mampu membayar RM900 sebulan bersamaan RM10800 setahun.

tahun ke-1; 3% x RM70000 + RM70000 -RM10800 = RM61300
tahun ke-2; 3% x RM61300 + RM61300 - RM10800 = RM52339
tahun ke-3; 3% x RM52339 + RM 52339 - RM10800 = RM43109
tahun ke-4; 3% x RM43109 + RM43109 - RM10800 = RM33602
tahun ke-5; 3% x RM33602 + RM33602 - RM10800 = RM23810
tahun ke-6; 3% x RM23810 + RM23810- RM10800 = RM13724
tahun ke-7; 3% x RM13724 + RM13724 - RM10800 = RM3356
tahun ke-8; 3% x RM3356 + RM3356 - (RM900x4bulan) = RM0!

Bagi jumlah RM70000, kadar faedah 3%, dan bayaran RM900 setiap bulan, ia mengambil masa selama 7tahun dan 4bulan untuk melangsaikan hutang tersebut. Ini bermaksud peminjam akan membayar RM7466 untuk kadar faedah.

sebenarnya ada rumus untuk kira bendalah ni, tapi dah lupa da. ada belajar dalam matematik tambahan sekolah menengah dahulu..

Friday, November 27, 2009

Haji itu Arafah



Teringat tika mana manusia wukuf di padang Arafah pada hari Jumaat...





Terkenang bila manusia berhimpit himpit merejam Syaitan di Jamrat...





Bila mana ummat Muhammad s.a.w berpusu pusu tawaf di Kaabah





Aku rindu untuk berada semula di sana..




Tuesday, November 24, 2009

Malaysia dan Kereta I


Di Malaysia jikalau seseorang tidak mempunya kenderaan sendiri, ia boleh di-istilahkan sebagai "patah kaki", lebih lebih lagi bagi yang tidak mempunya lesen memandu. Ini kerana kurangnya pengangkutan awam "di sinun", dan perkhidmatan-nya tidak begitu memuaskan.

Malaysia boleh berbangga mempunyai mercu tanda yang tesergam indah, sistem pengurusan yang agak baik, dan KDNK yang sedikit berdaya saing. Namun Malaysia terkebelakang dalam menyediakan pengangkutan awam yang bermutu berbanding negara-negara membangun yang lain.


zurich tram


Memiliki kenderaan sendiri adalah keperluan asasi yang ke-empat zaman ini,bukan sahaja untuk golongan berkerjaya, tetapi termasuk pelajar-pejalar di institut pengajian tinggi.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, harga kenderaan di Malaysia amat tidak berpatutan. Warganegara terpaksa membayar dua kali ganda harga sebenar sesebuah kenderaan. Akhirnya rakyat terpaksa berhutang untuk membeli.


Antara nikmat dunia yang besar ialah kenderaan selesa, dan jiran yang soleh.



Sunday, November 22, 2009

Tumpu

Kehebatan seseorang boleh diukur dengan kemampuan untuk memberi tumpuan.

Bangsa Yahudi dikatakan menang "perang 6 hari" dengan bangsa Arab disebabkan mereka tumpu. Bayangkan bagaimana juruterbang bangsa Yahudi merentasi "laut tengah" dengan pesawat pejuang mereka hanya pada aras puluhan kaki dari aras laut, bagi mengelak dikesan oleh alat pengesan bangsa Arab. Jikalau mereka itu lalai, maka pesawat mereka pasti akan terhempas dimakan gelombang.

Andai kata kita tumpu, kita mampu menuju maju.

Adalah sangat menduka-citakan jikalau kalimat tumpu ini suatu hari akan pupus, diganti dengan kalimat Inggeris seperti focus..

Tuesday, November 17, 2009

Minat

Seseorang boleh melakukan apa saja jikalau mempunyai minat. Berniaga kesana sini, membuat hiasan dalaman, memasak, hatta duduk bermain game selama 6jam tanpa henti.

Minat dan kesabaran nampak serupa tetapi tidak sama. Kesabaran boleh dipupuk dengan keazaman yang tinggi, namun minat datang dari dalam, secara semula jadi, dari darah yang mengalir.

Kedapatan satu teori yang mengatakan minat itu turun dari nenek moyang, dari orang tua. Sejauh mana kebenarannya, hanya Dia lah jua yang mengetahui.

Dalam mendalami ilmu dan mengaji, minat adalah benda yang peri penting, tetapi bukanlah syarat untuk berjaya. Syaratnya adalah sabar. Tiada minat, tiada kesabatan bererti kegagalan.

Ya Allah kurniakanlah minat dan sabar kepada kami dalam menuntut ilmu!