Friday, November 27, 2009

Haji itu Arafah



Teringat tika mana manusia wukuf di padang Arafah pada hari Jumaat...





Terkenang bila manusia berhimpit himpit merejam Syaitan di Jamrat...





Bila mana ummat Muhammad s.a.w berpusu pusu tawaf di Kaabah





Aku rindu untuk berada semula di sana..




Tuesday, November 24, 2009

Malaysia dan Kereta I


Di Malaysia jikalau seseorang tidak mempunya kenderaan sendiri, ia boleh di-istilahkan sebagai "patah kaki", lebih lebih lagi bagi yang tidak mempunya lesen memandu. Ini kerana kurangnya pengangkutan awam "di sinun", dan perkhidmatan-nya tidak begitu memuaskan.

Malaysia boleh berbangga mempunyai mercu tanda yang tesergam indah, sistem pengurusan yang agak baik, dan KDNK yang sedikit berdaya saing. Namun Malaysia terkebelakang dalam menyediakan pengangkutan awam yang bermutu berbanding negara-negara membangun yang lain.


zurich tram


Memiliki kenderaan sendiri adalah keperluan asasi yang ke-empat zaman ini,bukan sahaja untuk golongan berkerjaya, tetapi termasuk pelajar-pejalar di institut pengajian tinggi.

Apa yang lebih menyedihkan lagi, harga kenderaan di Malaysia amat tidak berpatutan. Warganegara terpaksa membayar dua kali ganda harga sebenar sesebuah kenderaan. Akhirnya rakyat terpaksa berhutang untuk membeli.


Antara nikmat dunia yang besar ialah kenderaan selesa, dan jiran yang soleh.



Sunday, November 22, 2009

Tumpu

Kehebatan seseorang boleh diukur dengan kemampuan untuk memberi tumpuan.

Bangsa Yahudi dikatakan menang "perang 6 hari" dengan bangsa Arab disebabkan mereka tumpu. Bayangkan bagaimana juruterbang bangsa Yahudi merentasi "laut tengah" dengan pesawat pejuang mereka hanya pada aras puluhan kaki dari aras laut, bagi mengelak dikesan oleh alat pengesan bangsa Arab. Jikalau mereka itu lalai, maka pesawat mereka pasti akan terhempas dimakan gelombang.

Andai kata kita tumpu, kita mampu menuju maju.

Adalah sangat menduka-citakan jikalau kalimat tumpu ini suatu hari akan pupus, diganti dengan kalimat Inggeris seperti focus..

Tuesday, November 17, 2009

Minat

Seseorang boleh melakukan apa saja jikalau mempunyai minat. Berniaga kesana sini, membuat hiasan dalaman, memasak, hatta duduk bermain game selama 6jam tanpa henti.

Minat dan kesabaran nampak serupa tetapi tidak sama. Kesabaran boleh dipupuk dengan keazaman yang tinggi, namun minat datang dari dalam, secara semula jadi, dari darah yang mengalir.

Kedapatan satu teori yang mengatakan minat itu turun dari nenek moyang, dari orang tua. Sejauh mana kebenarannya, hanya Dia lah jua yang mengetahui.

Dalam mendalami ilmu dan mengaji, minat adalah benda yang peri penting, tetapi bukanlah syarat untuk berjaya. Syaratnya adalah sabar. Tiada minat, tiada kesabatan bererti kegagalan.

Ya Allah kurniakanlah minat dan sabar kepada kami dalam menuntut ilmu!